Skip to main content

Sujud Sajadah

Sujud Sajadah

Sujud sajadah juga turut dikenali sebagai sujud tilawah.Perkataan tilawah disini bermaksud bacaanSujud tilawah bermaksud sujud yang dilakukan apabila kita membaca ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran.

Sujud sajadah terbagi kepada kepada dua iaitu:
  1. Sujud sajadah di dalam solat
  2. Sujud sajadah di luar solat
 Hukum sujud sajadah adalah sunat. Di dalam solat, sekiranya sujud tilawah dilakukan sebelum atau bukan pada ayat sujud sajadah, maka terbatal solat tersebut.Di dalam solat jemaah, sekiranya imam melakukan sujud tilawah, maka makmum wajib untuk turut melakukan sujud tilawah. Batal solat makmum sekiranya tidak turut melakukan sujud tilawah.
Namun jika dalam solat jemaah, imam tidak melakukannya, maka makmum tidak perlu sujud tilawah kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.
Ayat-ayat al-Quran yang disunatkan sujud tilawah (sajadah) padanya ada 15 tempat. Di dalam al-Quran, ayat-ayat ini diberikan tanda kubah masjid atau ditulis perkataan sajadah.Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1.
Surah al-A’raf, ayat 206

al-a'raf 206
Maksudnya:
Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud. 

2.
Surah Ar-R’ad, ayat 15

Maksudnya:
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.

3.
Surah an-Nahl, ayat 50

Maksudnya:
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.

4.
Surah Isra’, ayat 109

Maksudnya:
Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.

5.
Surah Maryam, ayat 58

Maksudnya:
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

6.
Surah al-Hajj 18

Maksudnya:
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

7.
Surah al-Hajj, ayat 77

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

8.
Surah al-Furqan, ayat 60

Maksudnya:
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): “Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!” Mereka bertanya: “Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?” Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.

9.
Surah an-Naml, ayat 26

Maksudnya:
“Allah! – Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar “.

10.
Surah As-Sajdah, ayat 15

Maksudnya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

11.
Surah Saad, ayat 24

Maksudnya:
Nabi Daud berkata: ” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

12.
Surah Fussilat, ayat 38

Maksudnya:
Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.

13.
Surah an-Najm, ayat 62

Maksudnya:
Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

14.
Surah al-Insyiqaq, ayat 21

Maksudnya:
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

15.
Surah al-‘Alaq, ayat 19

al-'Alaq, ayat 19
Maksudnya:
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Cara Melakukan Sujud Sajadah

Dalam Solat

Sujud Sajadah Dalam Solat Subuh Hari Jumaat

Kebiasaan di Malaysia dan Kawasan nusantara ini khasnya, umat Islam hanya mengadakan sujud tilawah ataupun dipanggil juga sebagai sujud sajadah iaitu pada solat subuh pagi jumaat.
Cara-cara melakukan sujud tilawah didalam solat adalah apabila selesai membaca ayat al-Quran yang disunatkan sujud sajadah padanya, maka disunatkan terus sujud dan membaca tasbih sujud sajadah.
Surah yang lazim dibaca ialah Alif Lam Mim Sajdah; dibacakan pada rakaat pertama.
Apabila sampai kepada:
ayat sujud sajadah
… maka teruslah sujud
Bacaan tasbih ketika sujud sajadah ialah:
tasbih sujud sajadah
Dalam rumi:
Sa-ja-da  waj-Hi-ya  lil-la-dziy  kho-la-qo-hu  wa-shaw-wa-ra-Hu  wa-syaq-qo  sam-‘a-Hu  wa-ba-sho-ro-Hu  bi-hau-li-hi  wa-quw-wa-ti-Hi  fa-ta-baa-ro-kaL  Laa-Hu  ah-san-ul  khoo-li-qiyn .
Maksudnya:
Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.
Seterusnya kembali semula berdiri tanpa perlu mengangkat tangan dan meneruskan bacaan sambungan ayat al-Quran tadi.
pergerakan sujud tilawahPerlu diingat adalah batal atau tidak sah solat seseorang itu apabila membaca surah yang lain umpamanya membaca surah al-‘Alaq dan berniat untuk sujud. Tetapi, kalau kebetulan membaca surah berkenaan lalu sujud, maka tidaklah batal solatnya.
Cara melakukan sujud tilawah di luar solat pula adalah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca tasbih sujud tilawah (seperti di atas ↑).
Kemudian kembali duduk dan memberi salam.
 Semoga panduan ini dapat membantu .

Comments

Popular posts from this blog

Explanation of Hadith Sahih al-Bukhari Based on Fath al-Bari

  Explanation of Hadith Sahih al-Bukhari   Based on Fath al-Bari Ibn Hajar Biography of Imam al-Bukhari    Biography of Ibn Hajar Asqalaani   Explanation Based on Fath al-Bari Ibn Hajar:  1       2     3       4       5       6      7       8       9       10       11       12       13       14      15       16      17     19     20      21      22      23       24      25       26       27       28       29       30&31    

Darul Quran Mina (DQM)

Darul Qur'an Mina (DQM) Profil & Kegiatan Darul Qur'an Mina (DQM) Wakaf Bangunan DQM   Update Laporan Donasi Wakaf Bangunan DQM    Youtube DQM Channel (English)   Youtube Kajian Tafsir   Youtube Belajar Bahasa Arab   Murattal & Tadabbur al-Quran:  Murattal al-Qur'an Berbagai Qari Masyhur (MP4)   Murattal Al-Quran Qari Utama (MP4)   The Glorious Noble Qur'an -Syaikh Abu Bakr Ash-Shatery, Eng Trans (MP4)   Tadabbur/Tafsir al-Quran (MP3 &MP4)   Tafsir Al-Quran   Ilmu al-Quran (Ulumul Quran) -MP4 Tajwid/Ilmu Tajwid    Belajar Membaca & Tadabbur al-Qur'an (Html,MP3 dan MP4)   Kajian Hadist (Study of Hadith)    Murattal al-Quran Semua List Qari Masyhur (MP3)   Murattal Al-Quran Semua Qori (MP3)   Perpustakaan Audio Quran MP3 Semua Qari   Murattal Al-Quran 30 Juz (MP3 Audio)   List Murattal Al-Qur'an (MP3 Audio) & Tafsir   ...

Tafsir Ibnu Katsir Lengkap (PDF dan CHM)

Tafsir Ibnu Katsir Lengkap (PDF dan CHM) Untuk bisa memahami Qur’an dengan utuh, kita sangat memerlukan bantuan buku tafsir yang berisikan penjelasan dari para sahabat Nabi dan para ulama setelahnya tentang makna dan kandungan al-Qur’an. Mengapa? Sebab tidak bisa dan tidak boleh kita menafsirkan al-Qur’an sendiri tanpa bimbingan para ulama. Sebab tanpa bimbingan mereka kita bisa tersesat jauh dari jalan yang benar.  Untuk memahami al-Qur’an bisa saja kita mencoba untuk menerjemahkannya kata per kata sendiri, tanpa merujuk ulama atau buku tafsir yang mu’tabar (dikenal dan diakui validitasnya), akan tetapi bagaimana kalau ternyata yang kita pahami itu salah? Bagaimana kalau ternyata yang kita pahami bertentangan dengan apa yang dipahami oleh para sahabat Nabi dan para ulama? Nah karenanya, untuk memahami al-Qur’an gunakankan referensi yang bisa dipertanggungjawabkan. Salah satunya yang cukup terkenal adalah Tafsir Ibnu Katsir, yang merupakan salah satu kitab tafs...