Biografi Penulis Tafsir TAISIRUL KARIMIR ROHMAN
Diantara kitab tafsir yang ringkas dan berjalan diatas manhaj ahlus sunnah wal jamaah –termasuk dalam bab : Nama-nama Allah dan sifat-Nya - adalah kitab Taisirul Karimir Rohman. Penulis kitab ini tidak asing bagi para penuntut ilmu, beliau adalah Asy-Syeikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa'di.
Syeikh As-Sa’di berasal dari bani Tamim. Dilahirkan di Unaizah pada 12 Muharram 1307 H (1886 M), Ibunya meninggal ketika beliau berumur 4 tahun, tiga tahun kemudian ayah beliau meninggal.
Wafatnya kedua orangtuanya tidak menjadikan beliau lemah dan patah semangat. Asy-Syeikh As-Sa’di terkenal ketekunannya sejak masa kecil. Beliau telah menyelesaikan hafalan Al-Qur’an sebelum usianya mencapai 11 tahun. Selanjutnya beliau sangat gigih dan tekun dalam mempelajari berbagai ilmu syareat, beliau belajar dari ulama yang ada di kotanya sebagaimana beliau juga mengunjungi para ulama di daerah lain.
Di antara guru beliau adalah Syeikh Ibrahim bin Muhammmad bin Hasir, Syeikh Muhammad bin Abdul Karim Asy-Syabil, Syeikh Shalih bin Utsaimin (Qadhi Unaizah), Syeikh Muhammad Asy-Syinqithi dan yang lainya.
Sifat dan Kepribadiannya
Dari sisi fisik, beliau berperawakan pendek, putih kemerah-merahan, wajahnya bulat, lebat janggutnya dan berwajah tampan.
Beliau dikenal dengan kemuliaan akhlaknya, selalu tawadhu' kepada sesiapa saja, bersikap zuhud terhadap dunia, selalu menjaga kemuliaan dirinya meskipun sedikit harta yang dimilikinya.
Beliau juga selalu mengucap salam kepada anak-anak dan orang-orang tua, selalu menjawab undangan, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi kebutuhan siapa saja yang meminta kepadanya.
Beliau diberi keistimewaan oleh Allah dapat menyelesaikan perkara-perkara pelik dengan mudah dan menyelesaikan perselisihan-perselisihan dengan cerdik dan bijaksana.
Karakter yang paling menonjol dari Syeikh As-Sa’di adalah kemuliaan akhlaknya. Beliau memiliki sikap yang sangat ramah terhadap siapa saja baik masih muda maupun yang lebih tua. Bila beliau berbicara dengan seseorang maka akan disesuaikan dengan kamampuan pemahamannya dan disesuaikan apa yang paling bermanfaat baginya. Syeikh As-Sa’di tidak merasa tertarik dan bahkan menjauhi gemerlapnya kehidupan dunia. Beliau tidak pernah memperhatikan kedudukan, kekuasan maupun kemewahan
Diantara Karya Beliau .
Syeikh As-Sa'di memiliki perhatian yang besar dalam menulis. Siapa pun menelaah kitab-kitab karya As-Sa’di, dia akan takjub dengan ungkapan-ungkapan yang mudah difahami, sebagaimana seorang akan takjub dengan melihat keluasan makna dari karya-karya beliau. Beliau tidak pernah menyibukkan diri pada ilmu yang tidak bermanfaat.
Di antara karya-karya beliau ialah Tafsir Al-Qur’an, Hasyiah Fiqhiyah, Al-Qawa’idul Hishan, Diwan Khutab, Tanzih Ad-Din, Rad ‘Ala Al-Qashimi, Al-Haq Al-Wadih Al-Mubayyin, Bahjatu Qulub Al-Abrar, At-Taudhih Wal Bayan Li Syajarotil Iman, Ar-Riyadh An-Nadhirah dan lain-lain.
Wafatnya
Beliau hidup dalam keadaan qanaah (merasa cukup) atas nikmat Allah dan dalam kesederhanaan sampai beliau diwafatkan Allah menjelang fajar hari Khamis pada 23 Jamadilakhir 1376H (1955M) dan dimakamkan di Unaizah dihadiri oleh manusia yang tidak terhitung banyaknya. Semoga Allah merahmati beliau.
Comments
Post a Comment