Pertanyaan Berkaitan Ibadah Qurban
1. Apakah jenis-jenis ibadah korban?
Korban sunat,
iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub
(mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Eidhul Adha atau Hari
Raya Haji.Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban,
maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.
2. Apakah
yang dimaksudkan dengan korban nazar?
Korban nazar ialah apabila seseorang itu mengatakan
bahawa jika dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan
korban, maka wajiblah ke atasnya menunaikan nazarnya itu. Bahkan Imam Nawawi
menyatakan bahawa apabila telah terlewat hari yang ditentukan untuk
penyembelihan korban dan ternyata saudara terlupa untuk menyembelih korban yang
dinazarkan itu, maka wajiblah bagi orang yang bernazar tadi menyembelihnya
ketika dia teringat, walaupun telah berlalu waktunya.
3, Apakah yang
dinamakan korban wajib?
Korban wajib ialah apabila seseorang membeli seekor
kambing atau lembu atau unta dengan mengatakan bahawa ‘haiwan ini adalah untuk
sembelihan korban’, atau ‘aku beli haiwan ini untuk korban’, maka adalah wajib
beliau menyembelih haiwan tersebut sebagai korban pada hari raya korban.
4. Apa hukum memakan daging korban?
Daging korban
wajib, contohnya seperti korban nazar adalah haram dimakan oleh orang yang
berkorban. Daging korban sunat pula, contohnya seperti korban Eidul Adha adalah
sunat dimakan oleh orang yang berkorban sekadar untuk sekali makan, selebihnya
disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Diutamakan fakir miskin
daripada keluarga, kemudian fakir miskin yang menjadi jiran tetangga. Jantung
hati ternakan korban sunat dimakan, kerana menurut hadis riwayat Al-Baihaqi:
“Rasulullah SAW memakan hati korbannya.”
Allah swt juga
menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman
Allah swt surah Al-Haj 28 yang bermaksud:“Maka makanlah olehmu sebahagian
daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan orang-orang yang
sengsara lagi fakir.”
Daging dan kulit
haiwan korban dilarang diperjualbelikan, kerana menurut hadis riwayat Al-Hakim
yang disahihkannya, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:“Sesiapa
yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya.” Demikian pula
tidak boleh memberikannya kepada penyembelih sebagai upah. Kulit ternakan
korban halal dimanfaatkan oleh yang empunya, seperti membuat bekas air dan
sebagainya
5. Siapakah golongan yang dianjurkan untuk
berkorban?
Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk
melaksanakan ibadah korban ialah:
(1) Orang Islam, Merdeka, Baligh (Dewasa), Berakal-berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan
kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.
Mampu – apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah: Orang yangmemp unyai kelebihan belanja dan keperluan diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:
Mampu – apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah: Orang yangmemp unyai kelebihan belanja dan keperluan diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak
berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani,
jika dia mahu.”
Hadis lain pula
menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak
berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
Sunat hukumnya
berniat untuk melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal
10 Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya,
seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan sebagainya,
hingga haiwan korbannya selesai disembelih.
Ummu Salamah
menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan
salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia
menahan rambut dan kuku-kukunya.”
6.
Haiwan-haiwan yang dibolehkan untuk
berkorban?
Jenis haiwan yang
sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah: Kibas, biri-biri atau
domba; Kambing; Lembu atau Kerbau; dan Unta. Haiwan-haiwan tersebut haruslah
jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti
kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan
korban. Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah: Kambing,
kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun; Lembu, lebih dua tahun; Unta
lebih lima tahun. Rupa bentuk serta kesihatan haiwan korban telah ditentukan
oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud:
“Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban
ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata
benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya (Riwayat Tarmizi)
Haiwan yang patah
tanduknya tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah dijadikan korban. Akan
tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut sampai ke pangkalnya sehingga
mengurangi daging, tidak sah dijadikan korban. Haiwan yang putus telinga atau
putus ekornya, jika masih melekat atau belum terpisah dari asalnya, sah
dijadikan korban. Akan tetapi jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan
korban.
Jantina haiwan
korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban haiwan jantan,
betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah dijadikan korban.
Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana hadis
riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan
dua ekor kibas yang telah dikebiri.”
Manakala dalam
riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi’i berkata:
“Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua
ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga
dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba
memilih haiwan korban yang terbaik.”
7.
Bagaimana kadar bagi binatang korban?
Seekor kambing
atau biri-biri merupakan kadar minima ibadah korban yang cukup untuk satu
keluarga. Pendapat ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi
dan Ibnu Majah dari ‘Athaa ibn Yasar, ujarnya:
”Aku telah bertanya kepada Abu Ayub Al-Anshary:
Berapakah korban yang tuan-tuan lakukan pada masa Rasulullah? Abu Aiyub
menjawab: Ada seorang lelaki pada masa Nabi s.aw. berudhiyah seekor kambing
untuk dirinya dan ahli keluarganya. Mereka makan sebahagian daging itu dan
sebahagian diberikannya kepada orang lain, hingga manusia telah
termengah-mengahan dengan udhiyah itu, dan terjadilah seperti engkau
persaksikan sekarang ini.”
Seekor lembu atau
unta boleh dikongsi 7 orang, kerana menurut hadis Muslim dari Jabir:
“Pada musim haji, Rasulullah s.a.w. telah
menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis lain yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Al-Barqani menyatakan:
“Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami:
“Berkongsilah kamu dengan seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”
Di samping itu,
pernah para sahabat berkongsi 10 orang untuk satu unta yang dijadikan korban
tanpa dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
8.
Bila waktu penyembelihan korban?
Waktu
penyembelihan haiwan korban bermula apabila khatib turun dari atas mimbar
selepas khutbah solat Eidul Adha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya
matahari pada 13 Zulhijjah. Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat
hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Sesiapa yang
menyembelih korban sebelum atau sesudah waktu itu, tidak sah korbannya, kerana
maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan:
“Yang mula-mula kami perbuat pada hari kami ini
(hari raya haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami meyembelih.
Sesiapa berbuat begitu maka dia sesuai dengan sunah kami. Sebaliknya sesiapa
yang menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disuguhkan
kepada keluarganya tidak sedikitpun termasuk ibadat (korban).”
9.
Bolehkah mewakilkan pelaksanaan korban?
Said Sabiq dalam
kitabnya “Fiqhus Sunnah”, membolehkan daging korban dipindahkan ke negeri lain.
Juga dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk
membeli haiwan korban dan menyembelihkannya di negeri itu. Said Ahmad bin Zaini
Dahlan, Mufti Mazhab Syafi’e di Mekah, pernah ditanya orang tentang masalah itu
dan juga apakah sama hukumnya dengan aqiqah? Said Al-Bakri dalam kitabnya
“I’anatut Thalibin” memuat jawapan terhadap pertanyaan tersebut, jawabnya ialah
sah dan boleh berwakil untuk pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula
berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri.
Imam kita (mazhab
Syafi’e) berpendapat bahawa orang yang halal sembelihannya boleh berwakil
kepada orang lain untuk menyembelih korban. Dan boleh pula berwasiat untuk
membeli haiwan dan menyembelih korban. Sedangkan yang empunya korban itu sunat
menyaksikan upacara penyembelihan korbannya. Dalam hal ini hukumnya adalah sama
dengan hukum untuk ibadah aqiqah. Penentuan hukum ini bersandarkan sebuah
riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengirim haiwan hadiah
(korban) dari Madinah ke Mekah untuk disembelih di Mekah.
Walaupun begitu,
tidak boleh seseorang melakukan korban bagi pihak orang lain kecuali dengan
izin orang yang bersangkutan itu. Syarat ini tidak termasuk ibadah korban yang
dilaksanakan untuk ahli keluarga sendiri . Maka ayah boleh menyembelih korban
untuk anaknya, dan begitu juga sebaliknya, anak boleh menyembelih korban ibu
yang menjadi tanggungannya, meskipun yang bersangkutan tidak diberitahu. Adapun
orang yang sudah mati sedangkan pada masa hidupnya ada berwasiat untuk
berkorban, maka ahli warisnya hendaklah melaksanakan korban untuknya. Wasiat
itu dianggap sebagai izinnya.
10.
Apa yang perlu sewaktu penyembelihan
korban?
Perkara yang
disunatkan ketika penyembelihan korban adalah: -Bermula dengan “Bismillahir rahmanir rahim.” Imam
Malik menyatakan bahawa setiap penyembelihan yang tidak bermula dengan
“bismillah” hukumnya haram, baik ditinggalkan dengan sengaja atau lupa. Imam
Abu Hanifah pula berpendapat, jika ditinggalkan dengan sengaja, haram, tetapi
jika ditinggalkan kerana lupa, halal. Imam Syafi’e berpendapat sunat
membacanya. Jika tertinggal baik dengan sengaja atau lupa, hukumnya halal, asal
saja penyembelih itu orang yang mengetahui.
- Takbir tiga kali sesudah membaca bismillah.
- Kemudan mengucapkan Selawat dan salam kepada Nabi s.a.w. dan yg terakhr adalah :
- Mengadap kiblat. oa supaya korban itu diterima oleh Allah, seperti
membaca:. Maksudnya: “Ya Allah, nikmat ini daripada-Mu dan kembali
kepada-Mu, maka terimalah daripadaku.”
- Mengasah pisau supaya lebih tajam.
- Menyorong dan menarik serta menekan pisau dengan
kuat ke leher haiwan.
- Membaringkan haiwan itu dengan lambung kirinya ke
tanah atau tangan kiri penyembelih sebelah kepala haiwan.
- Mengikat semua kakinya dengan tali kecuali kaki
kanan sebelah belakang.
- Sembahyang sunat dua rakaat, selepas menyembelih
seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Buangkan pisau yang ada di
tanganmu, kemudian rukuklah (solatlah) dua rakaat kerana sesungguhnya tiada
seorang yang solat dua rakaat (selesai meyembelih) dan memohon sesuatu kepada
Allah, melainkan Allah akan memperkenankannya.”
11.
Apakah hukum
melakukan ibadah korban?
Korban ialah
penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan
maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan
korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang
mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh. Allah S.W.T
berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”.
– Surah al-Kautsar: ayat 2 Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang
pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih
ialah berkorban.
12.
Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah
korban?
Dalil yang
mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.; “Maka solatlah kamu
untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. (Surah al-Kautsar, ayat 2). Maksud solat
ataupun sembahyang padaayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan
dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut
seperti berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata
dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga
korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala,
sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang
tidak terhingga banyaknya”.
13.
Apakah kelebihan melaksanakan ibadah
korban?
Banyak sekali
hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat
ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W
bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya
Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih
binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat
bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu
sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban
kamu.” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).
14.
Apakah hikmah korban?
Hikmah sebenar
sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah
korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat
rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi
Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat
disimpulkan;
- Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang
yang berkorban.
- Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri
daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah
S.W.T kurniakan kepadanya.
- Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan
golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
- Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar
Islam iaitu berkorban.
15. Adakah ibadah
korban dilakukan pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia
dilaksanakan?
Mengikut riwayat
yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman
Nabi Adam A.S lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara
ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;
Pada zaman Nabi
Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan
peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah
dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27. Maksud Ayat: “Dan
bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil
dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah
menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima
korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: ‘Aku pasti membunuhmu?’
Habil berkata: ‘Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang
bertakwa’”.
Pada zaman Nabi
Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu
tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban
tersebut dibakar.
Manakala pada
zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian
anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim
iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi
Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat,
ayat 103-107.
Pada zaman Nabi
Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk
korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.
Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan
Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang
hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air,
kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di
samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia
juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir
kuno.
16. Apakah hukumnya berkongsi wang dengan
seorang kawan untuk membeli seekor kambing bagi tujuan korban?
Islam telah meletakkan syarat bahawa seekor kambing
boleh dijadikan haiwan sembelihan korban bagi satu kepala atau seorang sahaja,
manakala mereka yang telah membeli seekor kambing bagi tujuan korban dengan
berkongsi wang, maka mereka hanya mendapat pahala perkongsian selagi mana
penyembelihan belum berlaku kerana niat yang baik membeli seekor kambing bagi tujuan
korban, akan tetapi selepas penyembelihan haiwan tersebut, pahala itu hanya
untuk orang yang di atas namanya haiwan korban itu disembelih.
17.
Bolehkah seseorang menyembelih seekor
burung untuk korban kerana tiada kemampuan menyembelih lembu atau kambing?
Menyembelih haiwan korban tertentu seperti yang
telah ditentukan oleh syarak adalah wajib, kita tidak diberi pilihan bagi
menyembelih haiwan lain, ia bertujuan mendapatkan ganjaran yang terbaik yang
dijanjikan oleh Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, apabila kita tiada kemampuan,
maka kita disunatkan menyembelih sesuatu seperti ayam, burung, itik dan
sebagainya bagi meraikan hari raya korban yang disambut.
18.
Adakah seseorang yang sedang bermusafir
dituntut melaksanakan korban?
Menurut pendapat semua mazhab, ibadah korban juga
dituntut ke atas orang yang bermusafir walau di mana mereka berada, ini telah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W yang mana Baginda telah menyembelih seekor
lembu korban di Mina untuk isteri-isterinya. Hadis Riwayat Bukhari &
Muslim. Bagaimanapun, mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang musafir
tidak dituntut berkorban kerana akan membebankannya seperti mana mereka juga
tidak dituntut bersolat Jumaat ketika bermusafir.
19.
Bolehkah korban dilaksanakan bagi anak
saya yang belum diaqiqahkan?
Korban bagi anak kecil adalah atas tanggungjawab
ibu bapanya seperti juga aqiqah, khususnya ibu bapa yang mempunyai kelapangan
dan kemampuan. Jika seseorang itu berniat ingin membuat korban untuknya maka ia
tidak menjadi masalah, akan tetapi jika didahulukan aqiqah adalah lebih baik,
kerana aqiqah adalah suatu tuntutan kepada ibu bapa terhadap anak tersebut,
sedangkan korban pula adalah suatu sunnah sahaja.
20.
Apa yang perlu didahulukan untuk
seorang anak kecil, korban atau aqiqah?
Bagi seorang anak kecil maka sudah tentu aqiqah
perlu didahulukan daripada korban. Sebabnya ialah, pertama; kerana ibadah
aqiqah merupakan tanggungjawab ibu bapanya yang perlu dilaksanakan seawal
mungkin, kedua ; korban merupakan pengorbanan individu yang dituntut bagi
mendapatkan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T., sedangkan tuntutan
tersebut belum terletak di atas diri anak itu kerana ia masih kecil dan tiada
kemampuan sendiri. Walau bagaimanapun jika bertemu hari aqiqah anak saudara
dengan hari raya korban, maka dibolehkan berniat sembelihan tersebut untuk
aqiqah dan korban bagi anak tersebut
21.
Bolehkah niatkan korban bagi ibu bapa
yang telah meninggal dunia?
Orang yang telah meninggal dunia amat memerlukan
kepada orang yang masih hidup, khususnya dari kalangan ahli keluarga bagi
meneruskan amal kebajikan yang boleh menambah bekalan amal baik sebagai bekalan
di akhirat nanti. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunat dilakukan demi
menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, maka berkorban
bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia boleh dilaksanakan mengikut pandangan
mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali. Berdoalah kepada Allah S.W.T supaya
menerima korban tersebut dan memberikan pahala kebajikannya kepada kedua ibu
bapa.
22.
Bolehkah seseorang itu berniat untuk
melaksanakan korban untuk anaknya yang telah meninggal dunia?
Korban seperti yang kita ketahui adalah sebahagian
daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan mengharapkan pahala
daripada Allah S.W.T. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi
menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, mengikut
pandangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali terpulanglah kepada warisnya
untuk melakukan amal kebajikan tersebut untuk anaknya, dan berdoa kepada Allah
S.W.T supaya menerima korban tersebut dan memberikan pahala kepada anaknya.
23.
Bolehkah seseorang melaksanakan korban
bagi orang lain tanpa pengetahuannya?
Melaksanakan korban memerlukan niat yang sengaja,
dan disertai dengan rasa kepatuhan kepada Allah S.W.T. Seseorang yang berkorban
perlu sedar yang ia sedang melaksanakan suatu tuntutan ibadah yang dinamakan
korban. Manakala korban yang dilaksanakan oleh orang lain tanpa pengetahuan
orang kedua, maka ia tidak memberikan kesempurnaan kepada perlaksanaan korban
itu sendiri, oleh itu kita tidak boleh melaksanakan korban bagi orang lain
melainkan dengan keizinannya, kecuali ahli keluarga.
24.
Adakah seseorang patut menyembelih
sendiri haiwan korbannya?
Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu
menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu.
Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W
telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri
menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib
untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.
25.
Bolehkah seseorang mewakilkan pihak
tertentu melaksanakan korban bagi pihaknya di tempat lain?
Telah menjadi
suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan
korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau
syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim Haji.
Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang
dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh
umat Islam seluruhnya.
Dalam kitab I’anah
ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah
ditanya: “Sudah menjadi kebiasaan orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu)
berwakil kepada seseorang untuk membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di
Makkah untuk dijadikan aqiqah dan korban, dan penyembelihannya dilakukan di
Makkah, sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di
negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan
kepada kami.”
Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu
dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk
menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan
beraqiqah itu.”
26. Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain
menyembelih haiwan korban bagi pihaknya?
Hukum asal
penyembelihan binatang korban itu adalah sunat dilakukan sendiri oleh orang
yang berkorban. Walau bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah
lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih binatang korbannya
bagi pihak dirinya.
Dalam kitab Sabil al-Muhtadin : 214, “Kata Syeikh
Muhammad bin Sulaiman: “Harus berwakil
pada membeli na’am korban di negeri yang lain dan pada menyembelinya dan pada
membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu. Maka iaitu zahir sama ada
negeri Makkah atau lainnya… Akan datang kenyataannya dan sayugianya hendaklah
yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masalah ini.
26.
Apakah hukum melakukan ibadah korban?
Korban ialah
penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan
maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan
korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang
mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh. Allah S.W.T
berfirman; “Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”.( Surah
al-Kautsar: ayat 2). Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada
ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah
berkorban.
27.
Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah
korban?
Dalil yang
mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.; “Maka solatlah kamu
untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”.( Surah al-Kautsar, ayat 2). Maksud solat
ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan
dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut
seperti berikut: “Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan
sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban
yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai
tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak
terhingga banyaknya”.
28.
Apakah kelebihan melaksanakan ibadah
korban?
Banyak sekali
hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat
ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W
bersabda: “Tidak ada amalan yang
dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah
melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya
binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan
bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang
korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” (HR Tirmidzi,
Ibnu Majah dan Hakim.)
29.
Apakah hikmah korban?
Hikmah sebenar
sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah
korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat
rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi
Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat
disimpulkan;
-
Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang
yang berkorban.
-
Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri
daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah
S.W.T kurniakan kepadanya.
-
Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan
golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
-
Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar
Islam iaitu berkorban.
30.
Adakah ibadah korban dilakukan pada
zaman Nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan?
Mengikut riwayat
yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman
Nabi Adam A.S lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara
ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;
Pada zaman Nabi
Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan
peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah
dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27. Maksud Ayat: “Dan
bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil
dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah
menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima
korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: ‘Aku pasti membunuhmu?’
Habil berkata: ‘Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang
bertakwa’”.
Pada zaman Nabi
Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu
tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban
tersebut dibakar.
Manakala pada
zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian
anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim
iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi
Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat,
ayat 103-107.
Pada zaman Nabi
Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban
kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.
Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga
ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan
daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta
mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat
ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan
penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki,
Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno.
31.
Bolehkah penyembelihan haiwan korban
diniatkan sekali dengan aqiqah?
Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih
haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita
dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban
bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama
mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut
dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan
Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi
sahaja.
32.
Siapakah yang
dituntut untuk melaksanakan korban?
Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban
dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah
kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah
hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut
ialah; Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak
berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
33, Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam?
Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada
setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan tujuan mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T
janjikan. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada
selain Allah S.W.T, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau
untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan
untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan ganjaran yang disediakan, maka
ia adalah dilarang oleh Islam.
33.
Bilakah waktu yang dibolehkan untuk
menyembelih haiwan korban?
Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan
korban ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai berkhutbah
solat Eidhul Adha, sehingga terbenam matahari tanggal ke 13 Zulhijjah. Maka
waktu menyembelih haiwan korban ada 4 hari. Sesiapa yang menyembelih korban
sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah korbannya. Dalam sebuah hadis
Rasulullah S.A.W; yang bermaksud, “Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami
ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih.
Sesiapa berbuat begitu maka dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa
menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk
keluarganya, tidak sedikitpun dikira sebagai korban.”
35, Apakah jenis haiwan yang lebih utama disembelih
sebagai korban, jantan atau betina?
Para ulama berbeza pendapat tentang menentukan
haiwan jantan atau betina yang lebih baik dijadikan korban Mengikut pendapat
dalam mazhab Imam Syafie, haiwan jantan lebih baik dari haiwan betina.
Kesimpulan yang boleh kita berikan ialah kedua-dua jantina sama ada jantan atau
betina boleh disembelih sebagai haiwan korban.
36. Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu
untuk ibadah korban?
Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang
atau 7 bahagian bagi seekor lembu atau unta, ini bertepatan dengan sebuah hadis
Rasulullah S.A.W yang berbunyi; “Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah
menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.” Hadis
riwayat Muslim. Dalam sebuah hadis lain dari al-Barqani; “Rasulullah S.A.W
telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu,
untuk 7 orang seekor.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
37. Bolehkah berkorban dengan sekilo daging?
Untuk menjawab soalan tersebut, mari sama-sama kita
renungi kisah Abdullah Ibnu Abbas R.A. Ayahnya (Abbas) yang merupakan paman
Rasulullah S.A.W. adalah seorang jutawan. Namun Ibnu Abbas tidak berminat
mengikut jejak ayahnya. Ketika Idhul Adha tiba, Ibnu Abbas hanya membeli daging
untuk Korban kerana tidak memiliki persediaan wang untuk membeli haiwan korban.
Melihat perkara tersebut para sahabat bertanya: “Apa yang engkau bawa wahai
anak paman Rasulullah? Tanpa malu beliau menjawab: Inilah korban Ibnu Abbas
hamba Allah yang miskin.”
38. Bolehkah bersedekah sejumlah wang untuk
mengantikan penyembelihan korban?
Terlaksananya korban adalah dengan berlakunya
penyembelihan haiwan tertentu dan mengalirnya darah haiwan tersebut. Adapun
perkara lain, seperti sunat seseorang itu memakan sebahagian daging korbannya,
atau menyimpan sebahagian, atau bersedekah dengan sebahagiannya lagi adalah
amalan sampingan dalam ibadah korban. Maka kita dapati bahawa bersedekah dengan
sejumlah wang ataupun sejumlah daging yang dibeli bagi mengantikan sembelihan
haiwan korban yang telah ditentukan adalah tidak menepati tuntutan ibadah
korban itu sendiri, berbeza dengan zakat fitrah, ia bertujuan mengurangkan
bebanan orang-orang miskin.
39. Manakah yang lebih baik, korban dengan seekor
kambing atau satu bahagian lembu?
Dalam menentukan haiwan yang mana lebih baik untuk
dijadikan sembelihan korban, imam-imam mazhab berbeza pendapat, ini kerana
banyak sumber dari hadis yang memberi isyarat akan kelebihan setiap haiwan yang
dibolehkan untuk dijadikan sembelihan korban. Secara umumnya semua bersetuju
manfaat penyembelihan korban tersebut akan lebih bererti jika dapat dinikmati
oleh lebih ramai orang, maka kesimpulannya, haiwan mana yang lebih banyak
dagingnya boleh dianggap lebih afdal daripada haiwan yang lain tanpa kita
menentukan jenisnya.
40. Bolehkah seekor kambing dikongsi untuk seisi
keluarga bagi ibadah korban?
Berkongsi seekor kambing bagi mewakili korban satu
keluarga adalah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat, dalam sebuah
hadis Nabi S.A.W.; “Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang berkorban dengan
seekor domba untuknya dan untuk keluarga seisi rumahnya. Mereka memakan dan
mereka berikan orang lain sampai manusia merasa senang, sehingga mereka menjadi
seperti yang engkau lihat.” (HR Ibnu Majah dan Tirmidzi). Ulama’ besar Asy
Syaukani dalam kitabnya Al Raudlah 2:210, menyatakan : “Adanya perintah berkorban, menunjukkan kepada wajibnya. Perintah itu
ditujukan atas tuan rumah. Udhiyah (korban) itu, jika dikatakan wajib, maka
bagi isi satu rumah diwajibkan atas kepala keluarga, atau atas orang yang
mengepalainya, dan bagi orang yang tidak berkeluarga, atau belum mempunyai
rumah tangga yang ia urusi, maka atas dirinya.”
41. Apakah hukumnya berkongsi wang dengan
seorang kawan untuk membeli seekor kambing bagi tujuan korban?
Islam
telah meletakkan syarat bahawa seekor kambing boleh dijadikan haiwan sembelihan
korban bagi satu kepala atau seorang sahaja, manakala mereka yang telah membeli
seekor kambing bagi tujuan korban dengan berkongsi wang, maka mereka hanya
mendapat pahala perkongsian selagi mana penyembelihan belum berlaku kerana niat
yang baik membeli seekor kambing bagi tujuan korban, akan tetapi selepas
penyembelihan haiwan tersebut, pahala itu hanya untuk orang yang di atas
namanya haiwan korban itu disembelih.
42. Bolehkah seseorang menyembelih seekor burung
untuk korban kerana tiada kemampuan menyembelih lembu atau kambing?
Menyembelih haiwan korban tertentu seperti yang
telah ditentukan oleh syarak adalah wajib, kita tidak diberi pilihan bagi
menyembelih haiwan lain, ia bertujuan mendapatkan ganjaran yang terbaik yang
dijanjikan oleh Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, apabila kita tiada kemampuan,
maka kita disunatkan menyembelih sesuatu seperti ayam, burung, itik dan
sebagainya bagi meraikan hari raya korban yang disambut.
43. Adakah seseorang yang sedang bermusafir
dituntut melaksanakan korban?
Menurut pendapat semua mazhab, ibadah korban juga
dituntut ke atas orang yang bermusafir walau di mana mereka berada, ini telah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W yang mana Baginda telah menyembelih seekor
lembu korban di Mina untuk isteri-isterinya. Hadis Riwayat Bukhari &
Muslim. Bagaimanapun, mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang musafir
tidak dituntut berkorban kerana akan membebankannya seperti mana mereka juga
tidak dituntut bersolat Jumaat ketika bermusafir.
44. Bolehkah korban dilaksanakan bagi anak saya
yang belum diaqiqahkan?
Korban bagi anak kecil adalah atas tanggungjawab
ibu bapanya seperti juga aqiqah, khususnya ibu bapa yang mempunyai kelapangan
dan kemampuan. Jika seseorang itu berniat ingin membuat korban untuknya maka ia
tidak menjadi masalah, akan tetapi jika didahulukan aqiqah adalah lebih baik,
kerana aqiqah adalah suatu tuntutan kepada ibu bapa terhadap anak tersebut,
sedangkan korban pula adalah suatu sunnah sahaja.
45. Apa yang perlu didahulukan untuk seorang anak
kecil, korban atau aqiqah?
Bagi seorang anak kecil maka sudah tentu aqiqah
perlu didahulukan daripada korban. Sebabnya ialah, pertama; kerana ibadah
aqiqah merupakan tanggungjawab ibu bapanya yang perlu dilaksanakan seawal
mungkin, kedua ;
korban merupakan
pengorbanan individu yang dituntut bagi mendapatkan ganjaran yang besar di sisi
Allah S.W.T., sedangkan tuntutan tersebut belum terletak di atas diri anak itu
kerana ia masih kecil dan tiada kemampuan sendiri.
Walau bagaimanapun jika bertemu hari aqiqah anak
saudara dengan hari raya korban, maka dibolehkan berniat sembelihan tersebut
untuk aqiqah dan korban bagi anak tersebut
46 .Bolehkah niatkan korban bagi ibu bapa yang telah
meninggal dunia?
Orang yang telah meninggal dunia amat memerlukan
kepada orang yang masih hidup, khususnya dari kalangan ahli keluarga bagi
meneruskan amal kebajikan yang boleh menambah bekalan amal baik sebagai bekalan
di akhirat nanti. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunat dilakukan demi
menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, maka berkorban
bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia boleh dilaksanakan mengikut pandangan
mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali. Berdoalah kepada Allah S.W.T supaya
menerima korban tersebut dan memberikan pahala kebajikannya kepada kedua ibu
bapa.
47. Bolehkah seseorang itu berniat untuk
melaksanakan korban untuk anaknya yang telah meninggal dunia?
Korban seperti yang kita ketahui adalah sebahagian
daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan mengharapkan pahala
daripada Allah S.W.T. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi
menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, mengikut
pandangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali terpulanglah kepada warisnya
untuk melakukan amal kebajikan tersebut untuk anaknya, dan berdoa kepada Allah
S.W.T supaya menerima korban tersebut dan memberikan pahala kepada anaknya.
48. Bolehkah seseorang melaksanakan korban bagi
orang lain tanpa pengetahuannya?
Melaksanakan korban memerlukan niat yang sengaja,
dan disertai dengan rasa kepatuhan kepada Allah S.W.T. Seseorang yang berkorban
perlu sedar yang ia sedang melaksanakan suatu tuntutan ibadah yang dinamakan
korban. Manakala korban yang dilaksanakan oleh orang lain tanpa pengetahuan
orang kedua, maka ia tidak memberikan kesempurnaan kepada perlaksanaan korban
itu sendiri, oleh itu kita tidak boleh melaksanakan korban bagi orang lain
melainkan dengan keizinannya, kecuali ahli keluarga.
49. Adakah seseorang patut menyembelih sendiri
haiwan korbannya?
Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu
menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu.
Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W
telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri
menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib
untuk disembelihkan.” (HR Ahmad dan Muslim).
50. Bolehkah seseorang mewakilkan pihak tertentu
melaksanakan korban bagi pihaknya di tempat lain?
Telah menjadi
suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan
korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau
syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim Haji.
Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang
dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh
umat Islam seluruhnya.
Dalam kitab I’anah
ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah
ditanya: “Sudah menjadi kebiasaan
orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk
membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di Makkah untuk dijadikan aqiqah dan
korban, dan penyembelihannya dilakukan di Makkah, sedangkan orang yang hendak
beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan
sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan kepada kami.”
Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu dan
harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk
menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan
beraqiqah itu.”
51. Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain
menyembelih haiwan korban bagi pihaknya?
Hukum asal
penyembelihan binatang korban itu adalah sunat dilakukan sendiri oleh orang
yang berkorban. Walau bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya
adalah lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih binatang
korbannya bagi pihak dirinya.
Dalam kitab Sabil al-Muhtadin : 214, “Kata Syeikh
Muhammad bin Sulaiman: “Harus berwakil pada membeli na’am korban di negeri yang
lain dan pada menyembelinya dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin
negeri itu. Maka iaitu zahir sama ada negeri Makkah atau lainnya… Akan datang
kenyataannya dan sayugianya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban
kepada wakil pada masalah ini.
52. Bolehkah seseorang itu memakan sedikit daripada
daging korban nazarnya?
Jika korban yang dilakukan atas niat menunaikan
nazar , maka daging korban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang
berkorban. Semua daging korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka
yang berhak menerimanya.
53. Bolehkah kita memakan daging haiwan korban kita
sendiri?
Kita memang dibenarkan oleh agama untuk memakan
sebahagian daripada daging haiwan korban yang kita lakukan. Dalam sebuah hadis,
Rasulullah S.A.W. bersabda; “Makanlah, buatlah jamuan untuk orang makan dan
simpanlah sebahagian daging korban kamu.” Mengikut pendapat ulama, kita
dibolehkan memakan sepertiga daripada daging korban tersebut.
54. Bolehkah kita menjual daging korban?
Hakikat dan tujuan korban ialah untuk mendekatkan
diri kepada Allah S.W.T melalui ibadah korban dengan mengorbankan sesuatu untuk
dirasai oleh orang lain, bukan mengorbankan sesuatu untuk kepentingan diri
sendiri. Jadi, menjual daging korban amat bertentangan dengan tujuan dan
matlamat yang digariskan. Oleh itu, menjual daging haiwan korban adalah tidak
dibolehkan. Kita hanya digalakkan memakan sebahagian daripada daging korban
tersebut bagi mengambil keberkatan daripada ibadah korban tersebut.
55. Bolehkah kita menjual kulit haiwan korban?
Menjual kulit haiwan korban adalah dilarang oleh
agama, kerana ia bertentangan dengan matlamat dan tujuan sebenar korban itu
dianjurkan, dan ia juga bertepatan dengan sebuah hadis Nabi S.A.W yang berbunyi;
“Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya.” Hadis
riwayat Hakim. Walau bagaimanapun, menurut pendapat Imam Abu Hanifah, kulit
haiwan korban boleh dijual dan harganya disedekahkan atau dibelikan sesuatu
keperluan rumahtangga.
Ada pandangan mengatakan bahawa kita mesti makan
sebahagian daging korban yang kita sembelih, bolehkah kita sedekahkan semua
daging sembelihan korban?
Memakan sebahagian daripada daging korban itu
dibolehkan oleh agama untuk kita sama-sama merasa dan mendapat keberkatan dari
ibadah tersebut, adapun jika seseorang ingin bersedekah dan memberikan semua
daging korban tersebut kepada mereka yang layak menerimanya, maka ia amatlah
baik sekali.
56. Bolehkah diberikan sebahagian daging korban
atau kulit haiwan korban sebagai upah kepada tukang sembelih?
Dalam hal ini Islam tidak membenarkan kita membayar
upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan
korban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber
lain yang dimiliki. Ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. dari Saidina Ali
R.A.; “Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan tersebut dari
bahagian yang ada pada kami.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
57. Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging
korban?
Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling
diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian
fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir
miskin yang tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun kita disunatkan memakan
hati haiwan korban tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi, “Rasulullah
S.A.W memakan hati korbannya.” Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang
berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam
surah al-Hajj, ayat 28; Maksud ayat “Maka makanlah olehmu sebahagian
daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang
sengsara lagi fakir.”
58. Bolehkah orang kafir diberikan daging korban?
Matlamat dan tujuan kita dianjurkan berkorban
adalah jelas, antara lain mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang dikurniakan
sepanjang tahun tersebut, dan memberikan orang lain sama-sama merasa nikmat
Allah S.W.T, di samping merapatkan lagi ukhuwwah sesama umat. Oleh itu
pemberian daging korban kepada orang yang bukan Islam tidak bercanggah dengan
mana-mana tujuan korban itu dianjurkan, maka mengikut pandangan mazhab Hanbali
adalah dibenarkan kita memberikan daging korban sunat sebagai hadiah kepada
orang bukan Islam, tetapi daging korban wajib tidak boleh kita berikan kepada
orang bukan Islam.
59. Apakah hukum menjemput orang kafir untuk makan
daging korban yang telah dimasak?
Seperti mana kita dibenarkan memberikan daging
korban sunat kepada orang bukan Islam berdasarkan kepada pandangan mazhab
Hanbali, maka menjemput mereka makan daging sembelihan korban sunat adalah
dibolehkan asalkan ia mempunyai niat yang baik dan tidak bertentangan dengan
tujuan dan matlamat murni korban itu sendiri, dan juga syaratnya ialah bukan
daripada daging korban wajib.
60.Bolehkah seseorang itu mengambil 1 atau 2
bahagian di dalam seekor lembu korban dengan niat ingin mendapat daging sahaja?
Ibadah korban hanya tercapai dengan berlakunya
penyembelihan haiwan korban tertentu, pada hari-hari tertentu, dengan
berlakunya tumpahan darah dari haiwan yang disembelih, maka terlaksanalah
ibadah korban. Oleh itu, sembelihan mestilah berlaku dengan niat yang satu iaitu
korban. Akan tetapi ada pendapat di dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa
berkongsi bahagian dalam seekor lembu korban dengan niat yang berbeza adalah
dibenarkan, dan setiap orang mendapat hak masing-masing.
****************************
****************************
Editor: Ustaz Sofyan Kaoy Umar, MA, CPIF. Email: ustazsofyan@gmail.com
Comments
Post a Comment