Ciri Fisik Dajjal
Dari Abdullah Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda “Ketika
saya sedang tidur, saya bermimpi melakukan tawaf di Kaabah, lalu ada seorang
berambut lebat yang meneteskan air dari kepalanya, lalu aku tanyakan siapakah
ini, mereka menjawab, ”Ibnu Maryam as”, kemudian aku berpaling dan melihat
seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta
sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak (tak bersinar). Mereka
mengatakan, ”Ini Dajjal”. Dia adalah orang yang paling mirip dengan Ibnu Qathn,
seorang laki-laki dari Khuza’ah.” [HR al-Bukhari, dan Muslim].
Dari Anas, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal itu
matanya terhapus (buta), tertulis di antara kedua matanya kafir, kemudian
beliau mengejanya, kafir yang boleh dibaca oleh setiap orang muslim dan di
antara kedua matanya terdapat tulisan “kafir” (HR Muslim). Pada hadis pertama
di atas menyebutkan beberapa ciri fizikal dajjal, iaitu postur tubuhnya gemuk,
kulitnya kemerah-merahan, sebelah matanya buta, matanya seperti buah anggur
yang masak. Dan pada hadis kedua disebutkan ciri yang lain, ia itu tertulis
huruf kafir di antara kedua matanya. Tanda itu boleh difahami oleh setiap
muslim baik yang boleh membaca maupun yang buta huruf. Ummu Syuraik bertanya
kepada Rasulullah tentang hari dajjal :
"Ya Rasulullah ke mana orang-orang Arab ketika itu?". Rasulullah menjawab "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitulmaqdis menjumpai Imam (Imam Mahdi) mereka. Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimamkan solat subuh, tiba-tiba datang Isa Bin Maryam. Imam itu mahu mundur untuk memberi peluang kepada Isa, tetapi Isa sambil memegang bahu Imam itu berkata : "Teruskanlah, sesungguhnya Iqamat dibacakan untuk engkau". Maka sembahyanglah mereka semua dibelakang Imam tadi. Selesai solat, Isa A.S. berkata kepada semua jemaah :
"Bukakan pintu itu". Mereka membuka pintu Masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 orang Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Isa A.S. ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba sahaja cair seperti cairnya garam disirami air.
Dajjal lari kerana ketakutan Isa terus sahaja mengejarnya
kemudian menjumpai di Babu Luddi dan di situlah Isa A.S. membunuhnya. Orang-orang
Yahudi cuba melarikan diri dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka
bersembunyi akan berkata-kata dengan izin Allah. Benda-benda dimaksudkan
termasuklah dinding, batu, pokok, kayu dan termasuk juga sepohon pokok berduri
(disebut pokok Yahudi). Pintu masuk ke kota Lod. Tempat Dajjal akan dibunuh.
Jauh tempat ini dari Jeruselem lebih kurang 45 km. Kawasan berbukit yang subur
di kota Lod, kota yang berumur 2000 tahun. Lod (Bahasa Ibrani: ΧΧֹΧ; Arab: Ψ§َΩْΩُΨ―ّْ, al-Ludd; Greco-Latin Lydda), juga dieja
dan disebut Ludd, ialah sebuah bandar di Daerah Tengah, Israel, sekitar 20
kilometer di tenggara Tel Aviv dan 3 kilometer utara Ramallah.
Pada akhir tahun 2007, kota ini berpenduduk 67,000 orang, di
mana 80% daripadanya adalah dari kaum Yahudi, manakala 20% lagi dari umat Arab Palestin
berikutan projek perluasaan tapak penempatan haram Yahudi. Nama lama kota ini,
selama ribuan tahun, ialah Lydda, Lydea dan Al-Lydd, dan kota ini juga terkenal
dengan nama Diospolis. Dalam Injil 1 Tawarikh 8 disebutkan bahawa kota ini
menjadi tempat tinggal bagi Suku Bunyamin (anak kepada Nabi Yaakub a.s. dan
adik kepada Nabi Yusuf a.s.). Kononnya, di tempat inilah Santo Peter
menyembuhkan seseorang yang mengalami penyakit lumpuh, seperti yang disebutkan
dalam Kisah Para Rasul 9: 32-38.
Di kota ini ada sebuah gereja yang dikenali sebagai: Gereja
Santo Georgius dan sebuah Masjid yakni: Masjid El-Chodr. Bahagian tempat
peribadatan itu membentuk kompleks bangunan, gereja dan masjid itu juga
memiliki pintu masuk yang unik. Kota ini dikenali kerana mempunyai sistem
Bandar Antarabangsa yang mempunyai banyak persamaan dengan Bandar Tel Aviv
yakni Bandar Ben Gurion. Setakat ini telah adanya jalan raya dan jalur KA yang
menghubungkan kota ini dengan Tel Aviv. Lapangan terbang utama Israel, Lapangan
Terbang Antarabangsa Ben Gurion (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang
Lydda, RAF Lydda, dan Lapangan Terbang Lod) terletak di bandar ini. Mengikut
perspektif Islam pula, di pagar/tembok Kota Lod inilah akan terjadinya
pembunuhan Dajal oleh Nabi Isa a.s..
Dalam hadits Nawwas bin Sam’an yang panjang yang membicarakan
kemunculan Dajjal dan turunnya Isa alaihissalam, Rasulullah shalallahu alaihi
wasallam bersabda: “Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka
turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyik dengan mengenakan dua buah
pakaian yang dicelup dengan waras dan zafaran, dan kedua telapak tangannya
diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah
rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara.
Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di syurga.” (Shahih Muslim, Kita Al-Fitan wa Asyrathis Sa’ah, Bab Dzikr Ad-Dajjal 18:67-68) Aus bin Aus Ats-Tsaqafi meriwatkan bahwa Rasulullah shalallhu ‘alaihi wasallam bersabda, “‘Isa bin Maryam akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik.” (HR Thabrani).
Menurut Ibnu Katsir Nabi Isa akan turun di sisi menara sebelah
timur Masjid Jamik Umawi iaitu di sebelah timur Damaskus/Damsyik. Menara
tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir iaitu pada tahun 741 Hijrah.
Pembiayaanya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah
membakar menara tersebut. Hafiz Ibnu Katsir dalam an-Nihayah berkata, “Inilah
pendapat yang lebih masyhur tentang tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih
di timur Damsyik. Dan saya telah melihat di sebagian buku bahwa Isa turun di
menara putih sebelah timur Jami’ Damsyik.
Mungkin inilah yang lebih valid dan bunyi riwayatnya, ‘Maka dia turun di atas menara putih yang ada di timur Damsyik’. Jadi rawi membuat redaksi sendiri sesuai dengan apa yang dia fahami. Dan di Damsyik tidak ada menara yang dikenali dengan menara timur kecuali menara yang berada di timur Jami’ Umawi dan inilah yang lebih cocok dan lebih sesuai kerana Isa turun pada saat didirikannya shalat…” (An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim I/192) Menurut Sami bin Abdullah Al-Maghluts pula dalam bukunya Athlas Tarikh al-Anbiya’ wa ar-rosul (atlas sejarah nabi dan rosul) ada dua buah menara yang sangat mirip sebagaimana disebutkan dalam hadist di atas.
Kedua menara itu adalah menara Masjid al-Umawi (Umayyah) yang di
bangun oleh al-Walid bin Abdul Malik (lihat atlas hadist karya Syauqi Abu
Khalil) dan menara tembok damaskus. Kedua tempat tersebut memiliki kemiripan
yang diduga disana lah Isa AS akan turun. Adapun sifat-sifatnya maka Nabi kita
saw telah menyatakan bahawa Isa adalah laki-laki berperawakan sedang tidak
tinggi tidak pendek, berwajah bulat, berkulit kemerah-merahan, berdada lapang,
orang yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud ast-Tsaqafi.
Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Antara
diriku dengan Isa tidak ada nabi, dan sesungguhnya dia pasti turun. Jika kalian
melihatnya maka kenalilah dia. Sesungguhnya dia berperawakan sedang, putih
kemerah-merahan, dia turun di antara dua potong baju berwarna
kekuning-kuningan, kepalanya seolah-olah menetes walaupun tidak basah, dia
memerangi manusia di atas Islam, lalu dia mematahkan salib, membunuh babi dan
menghapus jizyah. Pada masanya Allah menghancurkan semua agama kecuali Islam,
dia membunuh al-Masih ad-Dajjal kemudian tinggal di bumi selama 40 tahun
kemudian wafat dan kaum muslimin menshalatkannya.” (HR. Abu Dawud, al-Hakim dan
Ibnu Khuzaimah)
Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, “Pada malam Isra’…. Dan
saya bertemu dengan Isa. Lalu Nabi saw menjelaskan ciri-cirinya, ‘Orangnya
sedang, kulitnya kemerah-merahan, seolah-olah dia habis mandi, saya
melihatnya…’.” (HR. al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda, “Saya bertemu dengan para nabi, ternyata Musa…. Saya melihat Isa bin Maryam, ternyata orang yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud….” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi) Dari Abdullah bin Abbas Rasulullah saw menceritakan malam Isra’nya, beliau bersabda, “Saya melihat Isa berperawakan sedang kemerah-merahan berambut lurus….” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda, “Saya bertemu dengan para nabi, ternyata Musa…. Saya melihat Isa bin Maryam, ternyata orang yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud….” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi) Dari Abdullah bin Abbas Rasulullah saw menceritakan malam Isra’nya, beliau bersabda, “Saya melihat Isa berperawakan sedang kemerah-merahan berambut lurus….” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
======================
Editor: Ustaz Sofyan Kaoy Umar, MA, CPIF. Email: stazsofyan@gmail.com
Comments
Post a Comment